wohohohoho....ni yg aku ske nk copy n paste.....shit...
korang bce je la ye....
korang bce je la ye....
1. Emosi keterlaluan
Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
p/s: kalau macam tu encik bf hantar mesej thru khidmat pesanan tak ringkas (NSMS) la ye?? sure cik gf balas..
2. Suka menuduh
Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan. Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.
p/s: lainkali cik gf jangan keluar pun dengan encik bf ni ye.. sebab dia ta bagi keluar dengan sape2 pun kan kan kan
3. Mencari kesalahan
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.
p/s: waa.. ta payahla upah spy yg macam dalam cite myspy lagi..
4. Ugut bunuh diri
Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.
p/s: "bunuh diri" takpe.. kalau bibir dia meluahkan ayat "bunuh awak" tu yg cik gf kena rasa sedikit berdebar ok?
5. Selalu mahu 'berkepit'
Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.
p/s: lain kali kalau keluar dengan member2 perempuan, ajak la encik bf sama.. tapi suruh la dia pakai tudung ke rambut palsu ke....
6. Anti sosial
Tidak dinafikan, anda seorang wanita yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.
p/s: kalau terlepas, genggamla balik encik..
7. Jadi polis
Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.
p/s: cik gf kena daftarkan encik bf korang jadi polis la nanti..takpun jadi macam nas terjah tu.. lalala~
8. Prasangka negatif
Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.
p/s: ok..lainkali cik gf kena bagitau na tambah 'duit beg' barula encik bf kasi.. sebab 'duit poket' tu macam dapat gaji murah jek. pasal tu dia ta kasi.. bagi dia, its not worth it..faham?
9. Takut dipermainkan
Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.
p/s: dalam dompet boleh jumpa ye tiga kayu&binatang yg ada lidah bercabang?
10. Anti bunyi telefon
Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.
p/s: lainkali buat ringtone bunyi pelik2, macam bunyi sendawa ke, kentut ke, baru la encik bf ta matikan...
jap2.. semua ni semata2 renungan kita bersama je.. ecehhh
jangan nanti ramai yg bergaduh sakan, meneriak sana sini pas baca entry ni ok?? AKU TAK BERSALAH PUN!
p/s:aku mls gler nk g skola esk....nk cuti lg!!!!!!!!siot aku dh gler!!!!!!
No comments:
Post a Comment